Cuti Persekolahan Penggal Pertama

Cuti persekolahan penggal pertama akan bermula pada  28hb Mei 2011 hingga 12hb Jun 2011.
Sesi persekolahan penggal kedua akan bermula pada 13hb Jun 2011.

Kepada semua pelajar SMK Madai, selamat bercuti dan jaga keselamatan diri anda.

Aktiviti Hari Terakhir Persekolahan Penggal Pertama Pelajar Sidang Petang

Suasana Pertandingan Bola Sepak (Lelaki)


Suasana Pertandingan Bola Tampar (Perempuan)

Aktiviti Selepas Exam Sidang Petang



 Pertandingan Bola Tampar Perempuan Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua Bermula 25 Mei Hingga 27 Mei 2011..Kepada semua peserta, semoga berjaya..

VISI, MISI DAN WATAK SEKOLAH

VISI   

 SMK MADAI CEMERLANG 2011

MISI
Berusaha memastikan peratus dan kualiti pencapaian pelajar dalam peperiksaan sentiasa cemerlang
Berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan pencapaian dalam aspek Kokurikulum sentiasa cemerlang
Berusaha memupuk sahsiah dan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar
Melaksanakan sistem pengurusan yang telus serta berfokus
Membudayakan konsep; Sekolah Penyayang, Budaya Cemerlang, Budaya Ilmu dan meluaskan Budaya ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran  serta budaya mendahului masa
Mewujudkan persekitaran dan iklim yang kondusif, sihat, ceria dan selamat melalui perancangan yang sistematik
Berusaha mewujudkan permuafakatan yang mantap dan harmoni dengan PIBG, Komuniti Setempat, Badan-badan Kerajaan dan NGO.

                  WATAK SEKOLAH

                  Cantik, Ceria & Cemerlang

                  SEJARAH PENUBUHAN

                  Sekolah Menengah Kebangsaan Madai adalah merupakan sebuah sekolah menengah Gred C Kategori Luar Bandar. Sekolah ini mempunyai keluasan 15 hektar dan terletak 11 kilometer dari Pekan Kunak dan 65 kilometer dari Daerah Lahad Datu
                  .
                              SMK Madai mula dicadangkan kewujudannya pada tahun 1993. Idea penubuhan ini timbul berikutan pertambahan pelajar yang semakin pesat di daerah ini dan seterusnya bagi memenuhi keperluan pelajar yang semakin meningkat terutamanya pelajar yang menetap di kawasan Madai. Untuk menyelesaikan masalah kepadatan pelajar di beberapa buah sekolah menengah yang telah wujud maka bermula pada tahun 2002, bangunan SMK Madai telah mula dibina oleh sebuah Syarikat Kontraktor Pembinaan iaitu Syarikat Azam Tetap Sdn Bhd.

                              Pada awal pembukaannya, Cik Lana Binti Mole telah dilantik sebagai ketua guru SMK Madai yang memangku tugas pengetua. Pengetua pertama SMK  Madai ialah Encik Justin Rumpod yang mula menjalankan tugas pada 25 Jun 2006. Semua guru perintis yang ditempatkan untuk mengajar di SMK Madai telah melapor diri kepada Pegawai  Pelajaran Daerah Kunak Pn. Hjh. Saida Binti Hj. Usman pada 4 Januari 2006.

                              Pada awal pengoperasiannya yang bermula pada 12 Januari 2006, pelajar-pelajar yang telah didaftarkan ke sekolah ini telah ditumpangkan buat sementara waktu di Bangunan Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat. Seramai 280 orang pelajar yang terdiri daripada 187 orang pelajar Tingkatan 1 dan 93 orang pelajar Tingkatan 4 telah menjadi kumpulan perintis kepada kewujudan SMK Madai. Dengan jumlah seramai ini menjelang 12 Jun 2006, di bangunan barunya yang telah siap dibina, pihak pentadbiran sekolah telah membuka sebanyak 10 buah kelas dengan jumlah tenaga pengajar seramai 10 orang dan seorang KTBM (kerani).

                             Sejajar dengan pembukaan sekolah dan permintaan daripada ibu bapa para pelajar sekolah ini yang tinggal jauh dari kawasan sekolah, maka asrama SMK Madai juga dimulakan operasinya pada 09 JULAI 2006 dengan menempatkan seramai 95 orang penghuni yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

                              SMK Madai dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk 36 buah bilik darjah, 2 buah bilik makmal komputer, 6 buah bilik makmal sains, 8 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah dewan serbaguna, sebuah surau, 2 blok asrama 3 tingkat, 2 buah blok rumah guru 24 unit, sebuah kantin sekolah, sebuah dewan makan asrama, sebuah bilik muzik, sebuah bilik kesihatan dan pergigian, padang dan astaka dan sebuah sumber air pancur graviti.

                             Sewaktu pembukaan awal SMK Madai, tenaga pengajar adalah berjumlah 10 orang termasuk seorang staf sokongan iaitu Pn. Sarinah Binti Goran. Guru perintis SMK Madai terdiri Cik Lana Binti Mole, Encik Gabra Bin Shafiee, Puan Grace @ Nurfarhana Qutierrez, Encik Abdul Salam Bin Ujang, Puan Junainah Binti Anuddari, Puan Maimuna Binti Mohamad, Puan Maimunah Binti Pileh, Encik Iswanto Bin Hussien, Puan Memeng Binti Goran dan Puan Rusmiah Binti  Pae. Bilangan guru SMK Madai terus bertambah menjelang bulan Februari 2006 dengan kemasukkan Encik Selamat Bin Yusuf, Encik Arbain Bin Hasbullah dan Puan Hapsiah Binti Ambola. Sehingga kini bilangan guru SMK Madai telah bertambah kepada 89 orang dan pelajar seramai 1159 orang.
                           
                           Seiring dengan penubuhannya, SMK Madai terus tumbuh bagaikan cendawan selepas beberapa tahun setaraf dengan sekolah-sekolah lain yang telah lama stabil. Program integrasi pendidikan khas sekolah ini telah dibuka pada Januari 2008 di bawah pentadbiran En. Justin Rumpod yang kini merupakan mantan pengetua. Bilangan murid pada ketika itu adalah seramai 10 orang dengan seorang tenaga pengajar iaitu Cik Nurhasyimah Mohd Salleh dan diikuti oleh Pn. Salmia Amiruddin pada bulan Jun. Pada ketika itu, hanya sebuah kelas sahaja dibuka.

                            Kini, di bawah pentadbiran pengetua baru, En. Masnon Maswan, terdapat seramai 39 orang pelajar, 5 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Sebanyak 3 buah kelas telah dibuka dengan dilengkapi oleh bilik masakan, pusat sumber, bilik urus diri dan jahitan serta sebuah tapak perkebunan.

                            Menyedari hakikat perkembangan dan jumlah pelajar yang semakin ramai selepas tamat tingkatan 5, SMK Madai telah membuka kelas tingkatan 6 bagi memenuhi keperluan pelajar di sekitar Kunak. Bermula dengan GPK Tingkatan 6 yang pertama iaitu En. Arbain Hasbullah, sebanyak 1 kelas telah dibuka pada Jun 2008 dan dikenali sebagai 6 LPU 1. PERTEMA telah diwujudkan sebagai persatuan pelajar-pelajar tingkatan 6 dan mereka hanya terdiri darpada ... orang sahaja pada ketika itu. Pn. Jumaria Onta telah diberi kepercayaan untuk menjadi guru kelas tingkatan 6 LPU  yang pertama. Kini, di bawah pimpinan Cikgu Lajahuri Lajahidi sebagai GPK Tingkatan 6, sebanyak 4 kelas tingkatan 6 telah dibuka iaitu Tingkatan 6 atas, 6 UPU 1 dan 6 UPU 2 manakala Tingkatan 6 Rendah , 6 LPU 1 dan 6 LPU 2.

                           Pada tahun 2008, SMK Madai telah melahirkan produk pertama pelajar-pelajar PMR yang pertama. Untuk mengembangkan potensi mereka, satu lagi usaha murni telah diwujudkan bagi meningkatkan daya saing pelajar sesama mereka. Aliran sains tulin yang menawarkan pakej mata pelajaran (Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan) telah ditawarkan bagi pelajar lepasan tingkatan menengah rendah. Seramai 22 orang pelajar telah didaftarkan dan dikelolakan oleh guru kelas pertama mereka iiatu En. Samri Chongo.
                   
                           Menjelang akhir tahun 2008, SMK Madai telah mendapat perhatian dan kepercayaan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu yang pada ketika itu, SMK Madai masih diletakkan di bawah gabungan daerah-daerah Lahad Datu. SMK Madai telah dipilih sebagai sekolah pertama di peringkat Lahad Datu yang membuka kelas KRK(Kelas Rancangan Khas).  8 buah sekolah KRK yang lain turut dibuka di gabungan-gabungan lain seluruh Sabah. KRK merupakan alternatif JPN bagi murid-murid cemerlang yang tidak dapat memasuki sekolah Berasrama Penuh khususnya dalam UPSR. En. Rachman Berangka telah dilantik sebagai Penyelaras KRK yang pertama dan Pn. Masria Mansur telah menjadi guru kelas pertama kelas 1 KRK pada ketika itu yang berjumlah seramai 23 orang. Kini, terdapat 2 kelas dibuka iaitu tingkatan 1 KRK dan 2 KRK.

                        Program integrasi pendidikan khas sekolah ini telah dibuka pada Januari 2008 di bawah pentadbiran En. Justin Rumpod yang kini merupakan mantan pengetua. Bilangan murid pada ketika itu adalah seramai 10 orang dengan seorang tenaga pengajar iaitu Cik Nurhasyimah Mohd Salleh dan diikuti oleh Pn. Salmia Amiruddin pada bulan Jun. Pada ketika itu, hanya sebuah kelas sahaja dibuka.

                          Kini, di bawah pentadbiran pengetua baru, En. Masnon Maswan, terdapat seramai 39 orang pelajar, 5 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Sebanyak 3 buah kelas telah dibuka dengan dilengkapi oleh bilik masakan, pusat sumber, bilik urus diri dan jahitan serta sebuah tapak perkebunan.